Peran Lancaran (kapal)

Lancaran digunakan sebagai kapal perang dan kapal niaga. Kerajaan Singapura dan Sungai Raya setiapnya mempunyai 100 lancaran bertiang tiga.[5] Pada serangan Kesultanan Demak ke portugis di Melaka di tahun 1513, lancaran digunakan sebagai angkutan pasukan bersenjata untuk mendarat ke pantai bersama penjajap dan kelulus, kerana jong Jawa terlalu besar untuk mendekati pantai.[6] Lancaran ialah jenis kapal kedua yang dihitungnya setiap sampai pada suatu pelabuhan selepas kapal jung dan penjajap.[4]

Sebuah kapal mirip galai milik Aceh menarik sebuah perahu, semasa pengepungan Melaka tahun 1568. Ia memiliki 3 tiang dan kemudi ganda, juga didorong dengan 12 baris dayung. Kerana memiliki 3 tiang, ia mungkin merupakan "lancaran bertiang tiga".

Lancaran kerajaan dari Lingga dikatakan membawa 200 orang dan seukuran galias besar (iaitu lebih besar dari galai biasa). Lancaran biasa dari Pasai dikatakan membawa 150 orang, dan berada di bawah komando kapten Jawa. Yang besar dengan 300 krew dikatakan merupakan kapal milik Jawa. Pada tahun 1520-an, terdapat beberapa lancaran dari Bintan dan Pahang, dengan kru 50-60 orang, bersenjatakan 1 cetbang, tetapi memiliki panah, tombak dan galah kayu. Nicolau Pereira semasa penyerbuan Melaka oleh Aceh tahun 1568 mengatakan bahawa di Aceh kapal yang ada merupakan lancaran. Ia mempunyai dua baris pendayung dan sama panjang dengan galai.[7] Satu kerja anonim yang menggambarkan pengepungan 1568 menunjukkan sebuah kapal dengan kemudi berganda dan tiga tiang, sepadan dengan "lancaran bertiang tiga" yang dirujuk dalam teks Melayu.[1]